Friday, 15 August 2014

Perasaan tu

Perasaan tu. Bila diduakan oleh org yg kita sayang. Well most of us susah nak nampak bila org yg kita syg menduakan kita sbb sayang tu sendiri dah membutakan mata memekakkan telinga. Kita biarkan apa saja yg org kata. Tapi bukan bermakna kita bodoh dlm bercinta. Cuma kita dh besar. Dh matang. Buat apa nak percaya sesuatu lisan tanpa mengetahui kesahihannya. Tp bila dh dpt bukti depan mata, sakitnya sangat dalam. Org nampak kau senyum panjang lebar dgn mengatakan "eh aku okay lah. Takde ape pun semua ni". Tp dlm hati kau meronta kesakitan, menjerit "kenapa kau sanggup buat mcmni hah?! Kenapa mereka betul selama ni? Kenapa kau musnahkan kepercayaan aku?!" Bermacam persoalan namun bukan semuanya punya jawapan. Dari situ pula kau akan ada dua pilihan. Antara bangkit dan terus berjalan ke depan atau biarkan diri jatuh kepada kemusnahan. Dua dua tu menyakitkan. Cuma satu hasil yang serupa akan terbentuk berdasarkan dari salah satu pilihan tu, kau akan jd lebih susah utk percaya manusia. Bila kau pilih utk bangkit dan terus jalan ke depan, maknanya kau sudah berfikiran waras dan boleh hidup atas kaki kau sendiri. Kalau kau masih disitu, aku sarankan baik kau mati.

Sunday, 10 August 2014

Can i have your attention, please?

Tak ada istilah gadis yang rosak. Ya sebelum bertemu kau, mereka pernah hilang dara, mereka pernah bermalam dgn macam2 lelaki tetapi itu bukan sebab utk kau sakiti mereka. Mereka punya sebab tersendiri atas perkara tersebut. Mereka lalui apa yg kita lelaki ni tak lalui. Kita tak boleh definisikan mereka sbgai gadis rosak. Tiada manusia di dunia ini yang sempurna. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan kesisembilan atau kesisepuluh. Aku menulis disini sbb aku dah tak larat nak tgk manusia pointing salah begini pd gadis2 yg mereka katakan 'rosak' tu macamlah mereka sendiri tak pernah pijak semut langsung. To the boys yg punya girlfriend mcmni, hargai dan sayangi mereka dgn nyawa kau sendiri. Mereka punya hak utk rasa dicintai. Mereka juga punya hak utk rasa istimewa. Layan mereka sebaik mungkin, InsyaAllah diaorg boleh berubah.

Friday, 12 July 2013

AndHereIAm

Kekalkan apa yg dah ada sekarang atau minta lebih lg? Pegangkan pada satu atau tambah lg pegangan? Berubah jd lebih berguna utk masyarakat atau berubah jd lebih baik utk masa depan? Jujur, aku buntu.

Thursday, 11 July 2013

LaceTheFuckUp

I don't know where the fuck are you and I don't care who are you. If you're really the one, come back here so I can punch you in the face mothafucka

Thursday, 25 April 2013

The truth is..

Tiada siapa kenal kau seperti kau kenal diri kau sendiri. Jgn terpedaya bila ada yg mengatakan mereka dah sangat2 mengenali kau.
Dunia tidak seindah seperti yang kita semua pernah baca dalam buku2 cerita dongeng masa kecil dulu.
Masalah tidak akan pernah selesai kalau kau terusan melarikan diri.
Orang lain tak dapat mengubah kita. Mereka cuma memberi semangat.kita yang mengubah diri kita sendiri.
Kebanyakan org sentiasa tidak berpuas hati dgn apa yg mereka ada.
Semua org buat silap. Kita bukan robot yg diprogramkan utk tidak melakukan kesilapan. Kita adalah manusia kalau kita buat silap.

Hey Ho Let's Go

Hey Ho Let's Go by The Ramones. Tak tahu knp tapi lagu tu dulu adalah antara lagu2 yang menaikkan gila aku, tahap agresif aku. Skrg bila dengar lagu tu mcm tak ada apa2 dah. Aku selalu post benda2 lama. Mungkin rindukan zaman aku tengah naik kat Ipoh ni dulu. Skrg mcm tak ada apa dah semua benda yg aku kejar dulu. Nak jd dikenali, nak jd org kuat pegang Ipoh ni. Mujur aku sempat berpatah balik. Mujur mereka yg dianaiya oleh aku masih dpt menerima aku. Hidup ni palat dlm pelbagai bentuk. Jadikan ia indah. Nasihat aku, kalau rasa dahsyat sangat, gunakan utk kebaikan. Trust me, korang akan dpt bnyk kebaikan kalau korang gunakan kebolehan yg korang ada tu sebaiknya. Aku ckp berdasarkan pengalaman because I've been there and I've done that. Hey Ho Let's Go \m/

..

okay ni post saja2. I called this post "poshit". Kemungkinan aku sedang bosan waktu aku menulis ni jd aku menulis utk mengisi masa bosan aku.kadangkala seronok. Aku mesti buat segala yg aku mmpu utk tidak berasa sedih. Hidup terlalu singkat utk berasa sedih brooo. Setiap manusia punya cara hidup sendiri dan pastinya setiap manusia punya kepuasan dan pengajaran hidup masing2. Pengajaran dan pengalaman, itu yg mematangkan seseorang. Seseorang yg berdarah panas seperti aku pernah buat mcm2 jenayah waktu sekolah dulu sampai digelar pengganas. Terlalu bnyk keburukan aku dlu sampai jiran2 cukup takut nk bg anak2 mereka kawan dgn aku. Namun jahat2 tu semua dulu kala sampai aku dpt pengajaran aku dan terhasil la aku skrg. Tp tu la,bila kita buat baik dgn org, mereka cepat lupa jasa kita. Namun sekali je kita bikin tahi atas kepala mereka, macammana basuh pun kepala tu, baunya tetap ada. Jd kepada mereka yg berhasil menjumpai blog nyawa2 ikan aku ni, korang sentiasa ada masa utk berubah. Jgn pilih jalan yg korang sendiri tahu keburukannya. Jgn kata segalanya sudah terlambat. Peluang kedua ketiga dan seterusnya sentiasa ada utk korang berubah. Sentiasa doakan dan usahakan yg terbaik utk diri korang sendiri..